Wednesday, October 6, 2010
Ikan Kembong Capsicum
Bahan2:-
2 ekor ikan kembong
capsicum merah,hijau,kuning- didadu secukupnya
sedikit air asam jawa
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
sebatang serai- dititik
garam,gula secukup rasa
bahan2 kisar:-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
cili kering secukupnya
caranya:-
1. ikan kembong digaram kunyit,goreng garing-ketepikan
2. panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga garing, masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan sos tiram- kacau sebati
3. masukkan capsicum merah,hijau dan kuning, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa- kacau seketika sampai masak dan tutup api. bolehla tuangkan sambal ni ke atas ikan kembong goreng tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment